Cuaca panas dalam seminggu dua kebelakangan ini ekoran fenomena El Nino, terasa betul bahangnya. Menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia sejak Januari lalu, dijangka berterusan hingga bulan Mac nanti. Harap-harapnya, cuaca panas sebegini tidak berlarutan.

Bagaimana anda semua menghadapi cuaca panas sebegini? Ada sebarang tips yang anda amalkan? Sejak cuaca panas tahun lepas, di rumah, saya amalkan satu cara orang Jepun semasa mereka menghadapi cuaca panas. Untuk tahun ini, saya amalkan lagi bermula dua minggu lepas, kerana memang terasa betul bahangnya. Alhamdulillah, adalah sedikit perubahan 🙂 Mungkin anda juga boleh mencuba cara orang Jepun ini 😉

Tips Orang Jepun Hadapi Cuaca Panas

 

cuaca-panas-jepun

Berikut saya kongsikan beberapa tips orang Jepun menghadapi cuaca panas.

打ち水 (uchi-mizu)

Uchi-mizu adalah satu tradisi atau budaya orang Jepun yang diamalkan sejak zaman Edo lagi (zaman Edo adalah antara tahun 1603 hingga 1868). Ia adalah amalan memercikkan air di permukaan tanah atau jalan semasa musim panas, dengan tujuan untuk menurunkan suhu panas di luar (luar rumah/bangunan).

Namun, sejak zaman semakin maju dan moden, dan sejak terciptanya kipas angin dan pendingin udara (aircond), budaya ini semakin dimamah usia. Bilangan keluarga yang mengamalkan tradisi ini semakin berkurangan. Semasa berkesempatan tinggal di Jepun dahulu pun, yang saya perhatikan masih meneruskan budaya ini di kawasan kejiranan saya ialah makcik-makcik yang umurnya sebaya mak atau nenek saya.

Walaubagaimana pun, satu inisiatif telah diambil pada tahun 2003 untuk mengembalikan budaya uchi-mizu di kalangan rakyat Jepun dengan projek yang dinamakan 打ち水大 作戦 (uchi-mizu dai saku-sen = strategi besar uchi-mizu).

Anda ingin mencuba uchi-mizu?

Apa yang anda perlukan ialah;

alat-uchimizuAir
Boleh guna sebarang jenis air. Saya guna air paip, kerana mudah. Bagi orang Jepun yang cintakan alam sekitar, mereka guna air kolah yang telah digunakan. Environmental-friendly gitu 😉

Bekas untuk isi air
Boleh guna baldi atau sebarang bekas yang besar

Bekas untuk cedok air
Boleh guna gayung, cawan, mangkuk atau boleh juga tapak tangan anda 🙂

Caranya, cedok air dan percikkan sahaja di bahagian jalan/tanah yang ingin disejukkan.

Bagi mereka yang dah ada hos getah bersambung di paip halaman rumah seperti saya, itu lebih mudah. Buka sahaja paip, halakan hos getah ke kawasan yang ingin dipercikkan air, dan ‘tembak’ sahaja air. Senang dan cepat 😉

Bilakah waktu yang sesuai;

Ada 2 pendapat berkenaan masa yang sesuai untuk melakukan uchi-mizu.

  1. Di awal pagi atau semasa matahari belum tinggi. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini beranggapan, jika dilakukan uchi-mizu semasa cuaca panas terik, air yang dipercikkan ke tanah itu akan segera tersejat, dan suhu akan meningkat disebabkan haba yang dihasilkan oleh air yang tersejat itu tadi.
  2. Pada waktu tengahari atau semasa matahari terik. Uchi-mizu yang dilakukan pada waktu ini, adalah untuk mengurangkan kepanasan akibat haba yang terpantul dari jalan/tanah yang panas.

Pilihlah masa yang sesuai dengan anda. Kalau yang bekerja, bolehlah lakukannya sebelum berangkat ke tempat kerja. Bagi yang ‘bekerja’ di rumah seperti saya, saya pilih masa yang no 2. Apa pun pilihan anda, mengikut kajian, uchi-mizu berkesan untuk menurunkan suhu sehingga 1~2℃.

Untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang bagaimana melaksanakan uchi-mizu, bolehlah tonton video di bawah ini 🙂 Maaf tiada subtitle (buat-buat faham jerlah yer). Bagus uchi-mizu ini, selain dapat menurunkan suhu, dapat mengeratkan hubungan silatul rahim di kalangan penduduk kejiranan.

すだれ (sudare) & よしず (yoshizu)

Kalau uchi-mizu bertujuan menurunkan suhu di luar rumah/bangunan, tips yang ini pula adalah untuk menurunkan suhu panas di dalam rumah atau lebih tepat lagi untuk mengelakkan cahaya panas masuk ke dalam rumah.

Caranya, letakkan sudare atau yoshizu di bahagian cahaya masuk (tingkap, pintu kaca). Fungsinya sama seperti bidai. Cuma yang ini nampak lebih tradisional dan lebih ke-Jepun-an gituu 😉

sudare-yoshizu

風鈴 (fuu-rin)

Fuu-rin atau loceng angin Jepun juga digunakan oleh orang Jepun semasa musim panas. Ianya digantungkan di pintu masuk atau tingkap atau di mana-mana sahaja yang anda rasa sesuai. Fuu-rin ini tidaklah boleh menurunkan suhu di dalam atau di luar rumah, sebaliknya bunyi fuu-rin apabila ditiup angin itu yang menimbulkan ‘RASA’ sejuk dan nyaman. Feeling itu penting 😉 Bunyi fuu-rin itu membuatkan kita lupa sebentar akan cuaca panas yang sedang kita alami. Ala-ala kuasa minda gitu 🙂

fuu-rin

Itu dia 3 tips yang dapat saya kongsikan di sini berkenaan cara orang Jepun hadapi cuaca panas. Banyak lagi sebenarnya, tapi rasanya 3 pun cukup.

Itu tips orang Jepun, bagaimana pula tips kita di Malaysia? Berikut saya kongsikan tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi cuaca panas. Tips ini penting untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena strok haba.

tips-strok-haba
Bolehlah kita sama-sama amalkan terutamanya banyakkan minum air kosong dan minum minuman isotonik dalam menghadapi cuaca panas ini.

Bagi yang sedang mencari minuman isotonik, bolehlah mencuba Shaklee Performance Drink ini. Mengandungi campuran elektrolit Opti-Lite proprietari yang memberikan tenaga segera dan berkekalan juga terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi. Bagusnya, ia tidak mengandungi ‘gas’. Maklumat lanjut berkenaan produk ini ada di SINI.

performance

Ingin dapatkan Shaklee Performance Drink untuk hadapi cuaca panas ini? Segera hubungi kami untuk maklumat lanjut dan juga tempahan. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Azlin)

parentsbijak@gmail.com

Anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Tips Orang Jepun Hadapi Cuaca Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge