Anda pernah dengar tentang ‘Penapis Air‘?

Anda tentunya tahu beberapa jenama penapis air yang berada di pasaran, bukan?

Anda pernah nampak/baca iklan penapis air atau mungkin pernah didekati oleh penjual penapis air?

Sekarang, cuba Anda putarkan paip air rumah Anda. Untuk lebih ‘menjiwai’ penulisan saya ini ­čÖé , saya cadangkan Anda membuka paip air DAPUR rumah Anda. Cuba lihat air yang keluar. Airnya mungkin nampak BERSIH dengan mata kasar, tetapi sejauh manakah ianya BERSIH di mata mikroskop ­čśë , atau SELAMAT dan SIHAT untuk diminum?

Percayakah Anda jika saya katakan bahawa air yang dibekalkan ke rumah kita sekarang TIDAK 100% BERSIH, SELAMAT dan SIHAT?

Oleh kerana itulah, penapis air diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini dan semakin ramai yang merasakan PERLUnya penapis air di rumah.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Penapis Air di Rumah

sebab-penapis-air

1. AIR yang SIHAT menghasilkan TUBUH yang SIHAT

2 per 3 daripada tubuh kita terdiri daripada AIR dan TANPA AIR manusia boleh mati dalam masa beberapa hari. 90% daripada paru-paru kita terdiri daripada AIR, manakala 82% daripada darah kita juga terdiri dari AIR. AIR sangat penting untuk manusia. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi. Malah, setiap sel dan fungsi organ, SANGAT bergantung kepada AIR.

Kalau kita buat analogi kepentingan AIR kepada TUBUH manusia, ibarat MINYAK kepada KERETA. Untuk membolehkan KERETA berfungsi dengan baik, tak cepat meragam/rosak, kita tentunya akan membekalkan KERETA dengan MINYAK yang TERBAIK. Kita tidak akan campurkan BENDASING pada MINYAK yang boleh mengurangkan kualiti MINYAK itu tadi. Andai kata itu terjadi, kesannya mungkin kita tidak rasakan sebaik sahaja selepas isi minyak (kecuali tersalah isi jenis minyak. Sepatutnya isi minyak petrol, terisi minyak diesel ;)). Namun, kesannya kita rasa beberapa tahun selepas itu.

Begitu juga TUBUH manusia. Supaya ia dapat berfungsi dengan baik, tidak mudah sakit dan sebagainya, kita juga perlu bekalkan AIR yang TERBAIK untuk TUBUH kita. Kalau boleh, kita tak nak ada BENDASING pada AIR yang kita bekalkan kepada TUBUH kita yang boleh memberi kesan kepada keSIHATan kita. Kesannya, mungkin kita tidak nampak dalam masa terdekat. Mungkin selepas beberapa tahun atau mungkin semasa kita berusia.

Jadi, bekalkanlah TUBUH anda dengan AIR yang SIHAT.

AIR yang SIHAT = TUBUH yang SIHAT ­čÖé

 

2. Ada BENDASING tersembunyi di dalam AIR yang mencemarkan bekalan AIR PAIP

Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat (seperti plumbum dan merkuri) dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan, mungkin terdapat dalam AIR PAIP yang mana Anda sekeluarga minum setiap hari. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA – Environmental Protection Agency) Amerika Syarikat, terdapat lebih 90 jenis bahan pencemar yang dikenalpasti terdapat di dalam AIR MINUMAN yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. Malah, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia, datangnya dari air minuman.

Berikut antara BENDASING yang POPULAR beserta kesannya pada kesihatan manusia.

  • E. Coli adalah mikrobakteria yang dijumpai di dalam najis manusia atau haiwan. Sekiranya terdapat E.Coli di ┬ádalam air, ini bermakna, sumber air itu telah tercemar dengan najis manusia atau haiwan. Dan sekiranya air itu diminum, anda akan mengalami cirit-birit, pening kepala, kejang atau beberapa simptom lain.
  • Florida ditambah pada AIR MINUMAN di beberapa negara kononnya untuk kesihatan gigi. Minum air yang mengandungi kandungan florida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tulang dalam jangka masa yang panjang.
  • Plumbum, sejenis logam berat. Ia mungkin mencemari bekalan air disebabkan pembuangan yang tidak terurus atau akibat luluhan pada paip yang dibuat daripada plumbum. 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia berpunca daripada air minuman. Ia boleh membahayakan manusia. Boleh rujuk isi nombor 5 & 7 di bawah.
  • Klorin merupakan satu bahan kimia yang digunakan di loji-loji rawatan air untuk membunuh bakteria. Namun, minum air yang mengandungi kandungan klorin yang berlebihan boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada perut, mata dan juga hidung.

3. Minum AIR yang TIDAK BERSIH dan TERCEMAR boleh menjadi punca WABAK PENYAKIT bawaan air

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF menganggarkan bahawa penyakit bawaan air  merupakan punca kepada 80% penyakit dan satu pertiga kematian di negara membangun. Di dalam laporan yang berasingan, WHO menganggarkan bahawa 88% penyakit bawaan air adalah disebabkan kebersihan yang diabaikan, masalah sanitasi dan bekalan air yang tidak selamat. Berikut adalah antara penyakit bawaan air;

  • Cirit-birit dan Gastroenteritis
  • Sakit dan kejang abdomen
  • Demam kepialu
  • Kolera
  • Meningitis
  • Penyakit cacing Guinea
  • Hepatitis
  • Polio

Jadi, minum AIR yang BERSIH dan SELAMAT adalah salah satu usaha untuk mengelakkan penyakit bawaan air.

4. Beberapa jenis KANSER boleh dikaitkan dengan kehadiran TOKSIK di dalam AIR minuman

Klorin yang digunakan untuk membunuh bakteria di dalam air boleh menghasilkan Trihalometana (TrihalomethanesTHMs) apabila klorin bertindak balas dengan bahan organik seperti bakteria di dalam air. American Journal of Public Health telah mengeluarkan satu artikel yang mengaitkan THMs di dalam air dengan kanser rektum, pundi kencing dan pankreas.

5. PLUMBUM di dalam AIR minuman IBU HAMIL boleh memberi kesan kepada kandungan

Pendedahan kepada plumbum dengan kadar yang tinggi termasuk minum air yang tercemar dengan plumbum, boleh menyebabkan masalah yang serius semasa kehamilan, termasuk kelahiran pra-matang dan keguguran. Untuk itu, adalah penting bagi ibu hamil untuk minum air yang BERSIH dan SELAMAT.

6. AIR yang BERSIH penting untuk perKEMBANGan MENTAL dan FIZIKAL kanak-kanak

air-sihat

95% daripada otak kita terdiri daripada AIR. Otak mencapai 90% saiz lengkapnya pasa usia 6 tahun iaitu pada usia awal kanak-kanak. Kekurangan AIR terutamanya pada usia kanak-kanak boleh memberi kesan kepada otak, antaranya, memori jangka masa pendek yang kabur, bermasalah dalam pengiraan matematik yang asas, dan susah untuk fokus. Oleh kerana itu, AIR juga penting untuk perKEMBANGan mental kanak-kanak seperti mana AIR penting untuk perkembangan fizikal mereka. Dan untuk perkembangan MENTAL yang SIHAT, AIR yang SIHAT sangat memainkan peranan.

7. PLUMBUM di dalam AIR minuman menyumbang kepada kes GANGGUAN PEMBELAJARAN pada KANAK-KANAK

Keracunan plumbum boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan kepada kanak-kanak. Antaranya, lemah koordinasi otot, kerosakan pada sistem saraf, buah pinggang, pendengaran serta masalah pertuturan dan bahasa. Malah, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA – Environmental Protection Agency) Amerika Syarikat, pencemaran plumbum di dalam air minuman menyumbang kepada 480 ribu kes gangguan pembelajaran pada kanak-kanak setiap tahun, di Amerika Syarikat sahaja.

8. Sistem kemudahan air pihak berwajib tidak sentiasa dapat mengawal PENCEMARAN di dalam AIR

Tidak dinafikan, pihak berwajib yang menyediakan kemudahan rawatan air telah berusaha membekalkan air yang BERSIH kepada pengguna melalui beberapa proses di loji-loji rawatan air. Mungkin air yang telah dirawat BERSIH di tangki, namun, mungkin tercemar semasa proses pengagihan, misalnya air melalui paip yang lama dan tidak bersih. Oleh itu, perlu usaha tambahan bagi memastikan air yang kita gunakan untuk minum dan memasak, BERSIH dan SELAMAT.

9. AIR BOTOL bukanlah alternatif kepada masalah PENCEMARAN AIR

Ada di antara pengguna yang risau tentang pencemaran air paip telah mengambil alternatif lain, iaitu menggunakan AIR MINUMAN atau AIR MINERAL di dalam botol. Namun, sebenarnya, ia bukanlah alternatif yang terbaik. Dan ianya tidak semestinya SELAMAT.

  • TIDAK SELAMAT kepada keSIHATan Anda/anak Anda!
    • Air mineral mungkin selamat untuk Anda, namun mungkin ada beberapa kandungan mineral di dalamnya yang tidak sesuai untuk ANAK Anda. Misalnya, kandungan kalsium yang terlalu tinggi yang tidak sesuai untuk buah pinggang bayi atau anak kecil Anda! Jadi, sila periksa dahulu kandungan mineral pada botol air mineral yang anda beli ­čÖé
  • TIDAK SELAMAT kepada keWANGan Anda! ­čśë
    • Ada beberapa jenama air mineral yang rasanya, memang sedap jika dibandingkan dengan air yang dimasak di rumah. Namun, jika dibandingkan secara matematiknya, membeli air mineral lebih mahal berbanding masak air di rumah. Jadi, ianya tidak semestinya selamat kepada keWANGan Anda!
  • TIDAK SELAMAT kepada ALAM SEKITAR Anda!
    • Membeli air di dalam botol TIDAK SELAMAT kepada ALAM SEKITAR Anda dan KAMI ­čÖé kerana ianya menambahkan sampah ke alam sekitar. Kalau ada yang buat konsep 3R (Reduce-Recycle-Reuse) sekalipun, saya yakin, tentu ada juga daripada botol-botol tersebut yang akan terbuang ke tong sampah.

10.Satu-satunya cara untuk memastikan AIR minuman TIDAK TERCEMAR ialah menggunakan PENAPIS AIR

Setelah membaca 9 sebab di atas, satu-satunya cara yang praktikal yang kami boleh cadangkan untuk mendapatkan AIR yang BERSIH, SELAMAT dan SIHAT ialah dengan menggunakan PENAPIS AIR. Terdapat pelbagai jenis penapis air di pasaran. Ada yang memasangnya di punca air masuk di rumah untuk memastikan air bersih dibekalkan ke seluruh rumah, termasuk ke tangki simpanan air. Namun ada juga yang hanya memasang penapis air di dapur. Ada juga yang menyediakan pakej termasuk perkhidmatan pemeriksaan dan penyelenggaraan bulanan. Pilih sahaja, jenama dan perkhidmatan apa yang sesuai dengan keperluan Anda sekeluarga.

Namun, tahukah Anda, Shaklee juga ada menjual PENAPIS AIR?

Get Clean Water, Penapis Air Shaklee

Penapis air Shaklee bukanlah seperti penapis air yang biasa dijual di pasaran, yang dipasang pada sambungan paip di dapur. Sebaliknya, ia adalah sejenis jag air, yang dilengkapi dengan penapis daripada blok karbon yang boleh diisi semula, dan dilakukan oleh Anda sendiri di rumah. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Boleh rujuk maklumat produk di SINI.

Malah, ianya lebih SELAMAT kepada WANG anda ­čÖé

1 blok karbon Get Clean Water mampu menapis 303 liter air.
Bagi setiap Pek Permulaan (Starter Pack) Get Clean Water Shaklee yang harga runcitnya RM487.60 (termasuk GST), anda akan mendapat 4 blok karbon yang dapat menapis sejumlah 1212 liter air.

Kos menapis air dengan Pek Permulaan Get Clean Water, cuma bernilai:

RM487.60 / 1212 liter = RM0.40/liter

Manakala untuk mengisi ulang, anda cuma perlu mendapatkan penapisnya yang dijual dengan harga runcit RM170.66 (termasuk GST) untuk 3 penapis (909 liter).

Kos menapis air dengan pengisian ulang cuma bernilai:

RM170.66/909 liter = RM0.19/liter

Anda cuma perlu tambahkan kos air mentah dan juga kos elektrik/gas untuk memasak.

Harga ini adalah lebih murah berbanding anda membeli air mineral di dalam botol yang berharga RM1.89 – RM2.85 (atau lebih mahal) untuk setiap 1.5 liter air yang mana kos bagi setiap liter ialah:

RM1.89/1.5 liter hingga RM2.85/1.5liter = RM1.26/liter hingga RM1.90/liter (atau lebih mahal bergantung kepada jenama air mineral).

Jauh sekali bezanya, bukan? Harganya akan jauh lebih murah sekiranya Anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Anda boleh membelinya dengan harga ahli.

Jadi, apa lagi. Bekalkan keluarga Anda dengan air yang BERSIH, SELAMAT serta SIHAT sekarang! Dapatkan Get Clean Water, penapis air Shaklee, daripada kami, pengedar sah Shaklee Anda!

Hubungi kami;

Call/SMS/Whatsapp: 013-9752402 (Azlin)

Atau anda boleh mendapatkannya secara online dengan klik ikon di bawah. Sila hubungi kami sekiranya anda membuat pembelian secara online untuk kami berikan tips-tips dan juga khidmat rundingan secara PERCUMA!

e-sell

Bulan Oktober 2015 ini pula merupakan bulan terakhir untuk Anda menikmati tawaran Vita-Lea Percuma Shaklee dengan setiap pendaftaran sebagai ahli dan juga pembelian sebarang produk Shaklee. Jadi, adalah lebih jimat jika anda membuat pembelian dan mendaftar sebagai ahli. Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh klik di SINI. Bukan setakat dapat beli penapis air Shaklee dengan harga ahli, dapat Vita-Lea percuma juga!

10 Sebab Kenapa Perlu Penapis Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge