Status Halal Shaklee Malaysia

Ramai yang bertanya tentang status Halal Shaklee Malaysia. Shaklee merupakan produk keluaran Amerika Syarikat (USA), dan kesemua produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA, sebelum diimport dan dibawa masuk ke Malaysia. Disebabkan ia dihasilkan di luar negara, maka ia perlu mendapatkan SIJIL HALAL daripada pihak berkuasa berkaitan Agama Islam tempatan.

Setiap negara mempunyai badan pengeluar SIJIL HALALnya tersendiri. Di Malaysia, kita ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagi USA pula, terdapat;

1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)

2. Islamic Services of America (ISA)

Bagi produk Shaklee, kami telah mendapat SIJIL HALAL YANG SAH daripada Islamic Service of America (ISA), dan ISA telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM. Sebab itu, kalau anda perasan, tiada cop HALAL JAKIM pada produk Shaklee, dan juga pada iklan kami, sebaliknya yang ada di iklan kami ialah cop HALAL ISA.

Berikut adalah SIJIL HALAL produk Shaklee bagi tahun 2014 yang mana tersenarai juga produk yang baru dilancarkan Jun 2014, iaitu Phytocol-ST.

halalmei2014

Sijil Halal ini sah sehingga 31 Disember setiap tahun, dan pihak Shaklee (M) akan update Sijil Halal yang terbaru setiap tahun, sekitar bulan Februari.

Anda boleh rujuk Senarai Penuh Badan Islam yang diiktiraf JAKIM di luar negara DI SINI. ISA berada di no ke 58 di muka surat 19.

Halal USA

Jadi, anda tidak perlu ragu lagi dengan status HALAL Shaklee, kerana ia telah disahkan HALAL oleh pihak ISA, yang diakui oleh pihak JAKIM!

Sudah yakin dengan ke’halal’an Shaklee Malaysia? Ingin membuat pesanan? Hubungi sahaja kami!

Status Halal Shaklee
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge